Indra Wijaya

Indra Wijaya (Bahasa Cina: 陳甲寅, lahir 16 Mac 1974) ialah bekas pemain badminton Indonesia yang juga kemudiannya mewakili Singapura. Selepas bersara daripada kejohanan antarabangsa, beliau memulakan kerjaya baharu sebagai jurulatih.[2]Wijaya dilahirkan dalam keluarga badminton, adiknya Candra, Rendra dan Sandrawati merupakan bekas pemain Indonesia. Indra Wijaya bermain untuk Indonesia antara 1995-2000. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan kebangsaan yang memenangi Piala Thomas pada 1998.[3]Wijaya memulakan kerjaya baharu sebagai jurulatih di Pusat Badminton Antarabangsa Candra Wijaya, selepas itu beliau diterima sebagai jurulatih perseorangan lelaki dalam pasukan Korea Selatan.[4] Pada 2016, beliau berpindah ke Malaysia sebagai jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, khusus untuk pemain junior.[5] Wijaya meletakkan jawatannya sebagai jurulatih kebangsaan dan mula berkhidmat sebagai jurulatih peribadi Lee Zii Jia pada 15 Februari 2022.[6]

Indra Wijaya

Lahir (1974-03-16) 16 Mac 1974 (umur 48)
Cirebon, Jawa Barat, Indonesia
Cakat tangan Kanan[1]
Tinggi 1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Negara Indonesia
Ranking tertinggi 4